Ohayo!
Hye n bla. bla. bla.
macam2 da syida ni :)) tengah2 syok berfb tibe2 kotak mesej yg kat fbtu pop up tanda ada satu mesej masokerm.. ape lagisyida bukak la...hehehe dapat mesej dari seseorg la... nak tau sape?jeng. jeng. jeng.dr seorang akak ni la~dia bagi mesej yang sangat bergunathanks to her.. Ni yang syida nak kongsi ni..kalu mesej ni tak sampai kat semuakat sorang duorang pun jadilahhehehe Adikku, sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta drpada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi, bukannya diciptakan daripada kepala
untuk disanjung dan dipuja, bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan
dijadikan hamba sahaya. Lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yang mana
harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. adakah
semudah itu kau ingin menyerah diri pada sang kumbang? Renungkanlah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagarkan durisebagai bentengnya. Dari kejauhan keharumannya mencuri perhatian. Kilauan warnanya yang memancar indah menjadi tarikan.Namun, lantaran pagaran duri yang berbisa itu, sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yang terjaga hinggakan ia berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya. Adikku, akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah keimanan lelaki.Seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau
pandang sebarangan, jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi sayang
tidak berduri.Kau tidak layak lagi dimahkotakan sebagai si mawar berduri. Sesungguhnya Utusan Allah ada mengatakan tentang bahaya dirimu." Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita" Adakah kau mahu menjadi penyebab terhadap terhumbanya lelaki ke neraka? Ingatlah duhai adikku sayang, Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan.Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga
jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah.
Yang tertutup itu indah!.
alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu
sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal dan berharga
buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan Allah buatmu.
Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredaan Allah, bertunjangkan ilmu dan kebenaran, bersulam akhlak penuh menawan.
Sesungguhnya, wanita solehah menjadi idaman setiap insan soleh bernama Adam.
~Untuk ingatan diri sendiri juga~ From HIM we came, and to HIM we will return.
Subhanallah.
Di harap dapat jadi iktibar..
ReplyDeleteni renungan untuk saya juga...
love u all..